Melodica Tumblr Updates

Thursday, February 5, 2015

Tayangan Media Eksklusif Filem 'After The Wedding' Calon Academy Award Bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, Anjuran HyppTV dan CinemaWorld Asia

Siaran Akhbar : 5 Februari 2015

Kanan, Mr Chen Kheng On, Penolong Pengurus Besar, Saluran Antarabangsa, Perniagaan & Operasi Media, New Media TM dan Suarina Chua, Co-CEO, CinemaWorld Asia

CinemaWorld HD meraikan bulan Mac dengan pemenang & calon-calon Anugerah dari serata dunia, membawakan semuanya ke rumah anda. 
Tayangan perdana “After The Wedding” di CinemaWorld HD (HyppTV Saluran 650) pada 7 Mac, 9.00 malam, dan di aplikasi mudah alih,  HyppTV Everywhere 

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, dengan kerjasama CinemaWorld Asia baru-baru ini menganjurkan acara tayangan secara eksklusif filem ‘After The Wedding’, filem dari Demark yang mendapat pencalonan di Academy Award bagi kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik” pada tahun 2007 untuk rakan-rakan media. Filem ini dibintangi oleh Mads Mikkelsen (Casino Royale) dan diarahkan oleh pemenang pengarah terbaik di Academy Award, Susanne Bier.

‘After The Wedding’ akan ditayangkan pada 7 Mac 2015, jam 9.00 malam secara eksklusif di CinemaWorld HD, HyppTV Saluran 650.

Dilancarkan di platform HyppTV pada September 2014 lalu, CinemaWorld HD merupakan satu-satunya saluran filem antarabangsa seluruh Asia pertama yang menayangkan pelbagai pilihan filem box office terbaik secara eksklusif, filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan filem-filem kegemaran di seluruh negara. CinemaWorld HD menawarkan kepada penggemar-penggemar filem di Malaysia dengan program-program yang unik.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Kami percaya kepada pentingnya mempunyai pelbagai tawaran kandungan untuk pelanggan-pelanggan HyppTV seperti filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan yang layak memenangi anugerah dari pelbagai negara seluruh dunia di CinemaWorld HD. Ia bukan sahaja membawakan kandungan bertaraf antarabangsa yang belum pernah ditonton malah menayangkan juga filem-filem berkualiti tinggi yang menampilkan kepelbagaian budaya dan mempunyai nilai sinematik yang tinggi buat pelanggan kami.”  

“CinemaWorld merupakan salah satu daripada rakan kongsi yang turut hadir pada acara HyppCarnival baru-baru ini di mana kami telah melancarkan pek nilai terbaru HyppTV iaitu HyppTV Jumbo Pack, Aneka Pack dan Varnam Pack. Menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan sesuatu yang mampu dimiliki oleh pelanggan HyppTV untuk menikmati kandungan bertaraf antarabangsa seperti Hiburan dan Sukan, CinemaWorld HD merupakan sebahagian daripada penawaran kandungan dalam HyppTV Jumbo Pack pada harga mampu milik iaitu RM60 sebulan. Pelanggan HyppTV bukan sahaja boleh menikmati filem-filem dari CinemaWorld HD ketika berada di rumah, malah mereka turut boleh menontonnya di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Sementara itu, James Marturano, Naib Presiden Eksekutif, CinemaWorld Asia dalam ucapannya berkata, “Kami amat teruja dengan pelbagai pilihan filem perdana pada bulan Mac ini. Penonton-penonton bakal menikmati filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan tercalon bagi pelbagai anugerah yang telah kami pilih khusus untuk anda. Anda turut berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan selesa tanpa perlu meninggalkan rumah anda!”
Selain itu, CinemaWorld HD memberikan para penggemar filem pelbagai filem terbaru yang menarik yang tidak dapat ditonton di tempat lain. Merentasi pelbagai negara, filem-filem dari Eropah, Amerika Latin, Australia, Asia, Asia Tenggara, Amerika Utara dan dari Timur Tengah, saluran ini pasti menghidangkan sesuatu untuk setiap peminat filem. CinemaWorld HD merupakan dunia hiburan terbaru selain Hollywood. Kesemua filem ini akan dinikmati di saluran televisyen berbayar di CinemaWorld HD dan akan ditayangkan dengan sari kata Bahasa Malaysia, memberikan pelanggan keseronokan menonton yang maksimum.

Pada bulan Mac ini, CinemaWorld akan menayangkan filem-filem yang memenangi anugerah dan yang mendapat pencalonan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam. Nikmati tayangan perdana pelbagai filem eksklusif termasuklah filem “After The Wedding” yang turut tercalon di anugerah Oscar; filem Britain “Third Star” yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch (The Imitation Game), arahan pengarah yang pernah memenangi anugerah di BAFTA, Hattie Dalton; dan filem Kurdish “My Sweet Pepper Land” yang menjadi pembukaan bagi Cannes Film Festival 2013, dibintangi oleh pelakon Iran popular, Golshifteh Faharani (Exodus: Gods and Kings).

Penonton turut berpeluang menikmati pengalaman tontonan dengan senarai filem-filem Oscar dari Lithuania, Afrika Selatan dan Croatia: “The Gambler’, mengisahkan tentang percintaan, kesungguhan dan kesinambungan hidup; “Little One”, mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sebuah bandar di Johannesburg; dan ”Cowboys”, sebuah filem komedi mengenai sekumpulan orang tempatan yang ingin mementaskan sebuah karya Amerika Barat dalam bentuk muzikal.

Bercirikan time shift, catch-up dan tontonan di pelbagai peranti menerusi HyppTV Everywhere, saluran ini membolehkannya ditonton di CinemaWorld HD on Demand (Saluran 850), sebagai sebahagian daripada penawaran “Video On Demand” dari HyppTV.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv 
atau layari laman sosial media HyppWorld di www.facebook.com/hyppworld (Facebook)
www.twitter.com/hyppworld   (Twitter)
 www.instagram.com/hyppworld (Instagram).

Thursday, January 29, 2015

Bertemu citra scholastika buat kali pertama

Posting throwback. Anyway minggu lepas pertama kalinya bertemu penyanyi muda yang hebat dari indonesia, citra scholastika. Its an honor! Sebab aku minat dia, dia datang anjuran HyppTV sempena acara HyppCarnival. Ada banyak nama yang dicadangkan wakil dari indonesia, bila ternampak nama citra tersenarai? Aku apa lagi try convince to invite her. Luckily everything beres so akhirnya beliau tiba di malaysia buat pertamakalinya ok! 


Penat juga nk uruskan hal hal berkaitan tapi enjoy sebab rasanya selaku fans aku ingin tengok dia mendapat perhatian media dan peminat di KL. Kerja dgn team derang juga lancar. I try my best lah cuz this is actually my first experience. Managing PR assingment for indonesian artist. Bila sukses je, lupa semua penat! 
I love her voice. So semua lagu dia i sukA coz sedap sedap semua. Hopefully she will come again! 👯

Monday, January 26, 2015

HyppTV Melancarkan 3 Pakej Nilai Terbaharu di Acara HyppCarnival Yang Penuh Meriah

SIARAN AKHBAR
Kuala Lumpur
24 Januari 2015
   
                         




HYPPTV MELANCARKAN TIGA (3) PAKEJ NILAI TERBAHARU DI ACARA HYYPCARNIVAL YANG PENUH MERIAH
Pakej-pakej menghimpunkan saluran-saluran  HyppTV ke dalam penawaran yang berbaloi

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV hari ini melancarkan tiga (3) Pakej Nilai terbaharu untuk pelanggan-pelanggannya di acara HyppCarnival yang berlangsung di Paradigm Mall. Tiga pakej nilai tersebut adalah:

  • HyppTV Jumbo Pack - pakej terbaharu untuk seisi keluarga yang menampilkan saluran Hiburan, Berita, Kanak-kanak, Sukan dan Gaya Hidup terbaik daripada HyppTV pada harga menarik iaitu RM60 sebulan.
  • HyppTV Aneka Pack dan HyppTV Varnam Pack – dua (2) pakej vernakular khusus untuk penonton berbangsa Melayu dan India pada harga terbaik RM30 sebulan. Pakej-pakej ini adalah penambahan kepada pakej sedia ada iaitu Ruby Pack untuk penonton berbangsa Cina.

Mengulas mengenai penawaran pek nilai terbaharu daripada HyppTV, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata, “Sambutan memberangsangkan yang kami terima untuk pakej-pakej sebelum ini adalah bukti bahawa pelanggan-pelanggan kami inginkan pilihan yang ringkas dan berbaloi apabila memilih kandungan hiburan mereka. Dengan Jumbo Pack, kami mempertingkatkan formula tersebut dengan memberi kepada mereka hanya yang terbaik bukan sahaja untuk saluran Hiburan, Berita, Kanak-kanak dan Gaya Hidup, malah juga penawaran kandungan Sukan premium terbaik kami. Semua ini dengan hanya RM60 iaitu penjimatan sebanyak RM270 sebulan. Kini anda bukan sahaja boleh menikmati program-program bertaraf antarabangsa buat pertama kali dan secara eksklusifnya seperti The House of Cards, Extant, Gotham atau Grimm malah juga acara-acara sukan secara langsung seperti Liga Juara-Juara UEFA atau Liga Perdana Inggeris Barclays.”

Aneka Pack membawakan buat peminat hiburan Berbahasa Melayu dengan pelbagai saluran termasuk filem, drama, gaya hidup dan animasi. Dengan pakej ini, peminat boleh menonton drama-drama seperti 'Permainan Cinta', 'BIB', 'Cinta Si Egois', 'Selipar Jepun dan Stiletto Merah' dan 'Tu Dia'. Pakej ini lebih tertumpu kepada saluran-saluran tempatan seperti HyppSensasi, Dunia Sinema, Hypp Variasi, Al Hijrah On Demand, Astro Oasis dan termasuklah Discovery Kids, Sony Max dan Channel M bagi kepelbagaian pakej salurannya.

Untuk Varnam Pack, ini merupakan julung kalinya HyppTV menghimpunkan program hiburan berbahasa Hindi dan Tamil yang berkualiti tinggi, jadi pelanggan-pelanggan kami yang meminati Shah Rukh Khan, Salman Khan dan filem-filem blockbuster Bollywood boleh mendapat manfaat daripada penawaran ini. HyppTV Varnam Pack menawarkan saluran premium India seperti Sony Max, Bindass Play, UTV Bindass, Astro Vanavil, Makkal TV, Jaya Max, UTV Movies dan juga Discovery Kids.

Manakala HyppTV Jumbo Pack menghimpunkan saluran-saluran seperti Warner TV, Universal Channel, Cinema World, RTL CBS Entertainment, BBC Knowledge, CBeebies, Nick Jr, HyppSports, MUTV, Astro SuperSports dan banyak lagi.



Tambah Jeremy, “Selain terus memberikan fleksibiliti kepada pelanggan-pelanggan kami untuk membayar hanya untuk saluran-saluran yang ingin mereka tonton menerusi pilihan ala carte, pakej–pakej ini adalah cara terbaik buat mereka yang semakin prihatin dengan kenaikan kos untuk memenuhi keperluan hiburan di kediaman mereka dengan nilai penjimatan terbaik. Dengan Ja-Jumbo Deal oleh TM, pelanggan jalur lebar berkelajuan tinggi boleh menikmati lebih penjimatan dan menaik taraf kelajuan jalur lebar dengan cara mendaftar HyppTV Jumbo Pack. Selain itu, mereka boleh menonton rancangan-rancangan kegemaran mereka ketika berada di luar rumah menerusi aplikasi HyppTV Everywhere, yang boleh dimuat turun daripada AppStore atau PlayStore.”

Bukan itu sahaja. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, TM turut memperkenalkan promosi terbaharunya, iaitu "Ja-Jumbo Deal". Melalui promosi ini yang berlangsung bermula 15 Januari sehingga 15 April 2015, pelanggan yang mendaftar untuk HyppTV Jumbo Pack yang terbaharu, boleh menikmati naik taraf kelajuan jalur lebar mereka sehingga 20Mbps dengan harga istimewa dan eksklusif! Selain itu, pelanggan baru UniFi dan Streamyx 4 & 8 Mbps juga akan dapat menikmati satu (1) bulan tontonan secara PERCUMA untuk semua saluran premium di HyppTV.

Bagi meraikan pelancaran pakej-pakej terbaru ini, HyppTV bersama rakan kongsi kandungannya menganjurkan HyppCarnival yang penuh aktiviti-aktiviti ceria untuk menarik peminat-peminat cilik dengan penampilan Teletubbies, Dora the Explorer dan Diego buat julung kalinya di Malaysia, persembahan daripada penyanyi Indonesia Citra Scholastika, kemunculan para pelakon “Ah Boys to Men” dari Singapura, selebriti-selebriti tempatan seperti Nora Danish, Faizal Hussein, Farahdhiya, Razali Hussain, Shima Anuar, Amaris, Julia Ziegler, Sari Yanti, Shah Iskandar, Ryzal Jaafar, Zalif Sidek, Ika Nabila dan ramai lagi. HyppCarnival dibawakan oleh Huawei dan Pensonic, dan Paradigm Mall sebagai Rakan Lokasi Rasmi dan Star Radio Group yang terdiri daripada Suria FM, Red FM, Capital FM dan 988 FM sebagai Rakan Radio Rasmi.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 124 saluran dengan 44 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 56 saluran premium, 22 saluran percuma, 8 saluran Radio, 16 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. HyppTV dikuasakan oleh perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps yang tersedia untuk penonton tanpa mengira cuaca melalui pakej kediaman dan perniagaan bagi UniFi dan Streamyx. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere. Setakat ini, HyppTV mempunyai lebih 800,000 pelanggan.


Bertepatan dengan janjinya ‘Hidup Lebih Mudah’, pelanggan yang berada di luar rumah akan dapat menonton program-program dan kandungan VOD HyppTV pada peranti pintar mereka melalui aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih ini kini membolehkan pendaftaran dalam aplikasi (in-app registration) melalui nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.

Wednesday, January 14, 2015

HyppTV Lancar Aplikasi HyppTV Everywhere Yang Dipertingkatkan Untuk Pengguna Telefon Pintar, Peranti Mudah Alih & Komputer

SIARAN AKHBAR
Kuala Lumpur
14 Januari 2015



 HYPPTV LANCAR APLIKASI HYPPTV EVERYWHERE YANG DIPERTINGKATKAN UNTUK PENGGUNA
TELEFON PINTAR, PERANTI MUDAH ALIH DAN KOMPUTER
Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere secara terus ke peranti mudah alih mereka untuk menonton Kandungan HyppTV dan Menikmati Tontonan Percuma Selama 7 Hari!

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kini  mempertingkatkan penawarannya dengan menjadikannya boleh ditontoni oleh orang ramai menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. Penawaran terbaru ini membolehkan pelanggan menggunakan peranti mudah alih mereka untuk menikmati saluran-saluran eksklusif bertaraf antarabangsa di platform HyppTV walaupun mereka tidak melanggan pakej UniFi atau Streamyx TM.

Dengan pengenalan penawaran terbaru ini, TM mengharapkan dapat menarik lebih ramai penonton di kalangan segmen Generasi Y celik teknologi yang merupakan pelanggan terbesar bagi hiburan & kandungan mudah alih dan pada masa yang sama membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menonton HyppTV di mana-mana dan pada bila-bila masa, menepati aspirasi TM untuk membawakan gaya hidup digital yang dipertingkatkan di kalangan rakyat Malaysia seluruh negara.

Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan & Operasi Media, New Media, TM berkata, “Sebagai permulaan kepada pengenalan perkhidmatan terbaru ini, kami menawarkan 7 hari tontonan secara percuma bagi saluran-saluran yang ditawarkan. Dengan ciri-ciri terbaik HyppTV, seperti hiburan tanpa gangguan cuaca, fleksibiliti dengan membayar hanya apa yang ditonton, HyppTV Everywhere kini menjadikan para pelanggan dapat menonton kandungan pilihan mereka dengan lebih mudah di mana-mana sahaja.”
 
“Kita kini berada di era yang memerlukan kita mampu melakukan pelbagai tugasan, sambil mengimbangi pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama. Dengan HyppTV Everywhere, kini anda tidak akan ketinggalan untuk menonton kandungan terbaik di HyppTV hanya kerana anda tidak berada di hadapan kaca televisyen. Hanya dengan klik dan swipe, anda boleh menikmati program-program terbaik seperti X-Factor, Gotham atau Superbowl, semuanya di peranti mudah alih anda,” tambah beliau.

Kandungan yang terdapat di HyppTV Everywhere termasuklah program-program hiburan bertaraf antarabangsa daripada siri TV yang mempunyai rating tertinggi seperti Gotham, MOM, Selfie dan Murder In The First dari WarnerTV HD dan program komedi terbaik seperti Saturday Night Live dan South Park dari Comedy Central HD. Turut terdapat saluran hiburan Berbahasa Malaysia terbitan HyppTV, HyppSensasi, yang menayangkan buat pertama kali dan secara eksklusif drama bersiri seperti Cahaya Di Hujung Nyawa, Permainan Cinta dan Selipar Jepun Stiletto Merah serta telemovie lain dan game show seperti Tu Dia, yang dihoskan oleh Aliff Satar, Farish Aziz dan Zoey Rahman.

Tempoh tayangan secara percuma selama 7 hari kini boleh dinikmati oleh pelanggan yang memuat turun aplikasi di Google Play untuk pengguna peranti Android dan Apple App Store untuk peranti iOS. Secara alternatifnya, pelanggan boleh menikmati perkhidmatan tersebut dengan melayari laman web HyppTV Everywhere di www.tm.com.my/hypptv/everywhere. Selepas tempoh tayangan percuma tersebut berakhir, mereka diberi pilihan untuk melanggan saluran kegemaran mereka sama ada secara ala-carte atau melanggan Everywhere Pack, yang membolehkan mereka untuk menghimpunkan tiga (3) saluran pilihan mereka dengan harga hanya RM15 sebulan.


Kategori penawaran HyppTV Everywhere

Saluran-saluran percuma yang disediakan dengan langganan secara ala carte atau himpunan kandungan:-


No
Kandungan
Harga
1
Bloomberg TV
PERCUMA
2
Channel News Asia
PERCUMA
3
Euronews
PERCUMA
4
Hikmah
PERCUMA
5
Luxe.TV HD
PERCUMA
6
Parlimen Malaysia
PERCUMA
7
TV Direct Showcase
PERCUMA
8
Capital TV
PERCUMA



Saluran Premium (terbuka untuk langganan pakej ala carte atau pakej himpunan*)

No
Nama Saluran
Harga (RM)
1
BabyFirst
6
2
Discovery Kids
6
3
DW
6
4
HyppSensasi
6
5
Jaya Max
3
6
MNC International
6
7
MTV Live HD
6
8
Nick Jr
6
9
Now Hairun
6
10
Now Mango
6
11
Polimer
3
12
SETI
6
13
TVB8
6
14
UTV Bindass
3
15
Cinemaworld HD
9
16
Comedy Central HD
9
17
Fashion TV HD
9
18
Motorvision HD
9
19
Now International HD
9
20
Outdoor Channel HD
9
21
UTV Movies
6
22
UTV STARS HD
6
23
Warner TV HD
9
24
France 24
20
25
HyppSports HD
20
26
HyppSports HD 2
Percuma dengan langganan HyppSports HD
27
HyppSports HD 3
28
HyppSports HD 4
29
iConcerts HD
9
  
*Pelanggan boleh menggabungkan mana-mana tiga (3) saluran, setiap satu berharga RM6-RM9 sebulan, menjadi “kombo” untuk langganan bulanan berharga RM15, sah untuk tempoh tayangan 30 hari daripada tarikh langganan. Pelanggan akan dimaklumkan untuk memperbaharui langganan mereka secara bulanan untuk terus menonton bagi tempoh 30 hari berikutnya.


No
VOD
Harga (RM)
1
Al Hijrah On Demand
RM10 sebulan
2
Cinemaworld On Demand
Percuma dengan langganan Cinemaworld HD
3
Comedy Central On Demand
Percuma dengan langganan Comedy Central HD
4
Dunia Sinema
RM10 sebulan
5
Fried Chillies Food
RM10 sebulan
6
HyppFlicks Plus
RM10 setiap filem
RM15 setiap filem Premium
RM18 setiap filem 3D
7
HyppSports on Demand
Percuma dengan langganan HyppSports HD
8
HyppDino
RM8 sebulan


HyppTV Everywhere kini menyediakan pelbagai pilihan pembayaran, termasuk menerusi kad kredit dan perbankan atas talian (untuk versi WebTV). Pelanggan akan menerima makluman untuk memperbaharui langganan mereka dalam tempoh tujuh (7) hari sebelum tamat tempoh langganan. Pelanggan diberi fleksibiliti untuk mengekalkan saluran yang mereka langgani atau menukar kepada pakej himpunan kombo baru tanpa dikenakan sebarang bayaran penalti.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV Everywhere, layari www.tm.com.my/hypptv/everywhere atau emelkan sebarang pertanyaan anda ke he.help@tm.com.my. Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld  (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram).