www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Wednesday, February 18, 2009

Akademi Fantasia 7

7 adalah angka special bagi aku. Mungkinkah AF edisi 7 ini benar benar mencetuskan transformasi luar biasa seperti yang dijanjikan Astro?

Secara peribadi dari segi taktikalnya Astro, kempen giat Astro untuk menjana semula jenama AF untuk edisi 7 kali ini mampu untuk menarik semula peminat-peminat AF setelah hampir setahun ditinggalkan. Tema warna hitam dan merah masih dikekalkan mungkin warna itu berjaya menepati konsep yang dimahukan pada edisi lepas.

Adakah percaturan Astro kali ini berjaya memberi nafas baru pada AF, Bagi aku, percaturan mereka dalam membuat pemilihan peserta,tenaga pengajar,para juri dan host amat menarik untuk diperbincangkan.

Jika silap pilih, ia bukan sahaja akan menjejaskan populariti program AF, malah akan mengurangkan peluang mereka untuk mencapai keuntungan yang disasarkan. AF bagi Astro adalah satu perang 'jari-jemari' tahunan bagi Astro. Walau siapapun juara AF yang dipilih jari,tektik 'emotional selling' harus digempur supaya jari-jari terus undi,download dan beli.

Mari kita lihat barisan tenaga pengajar yang telah mereka pilih.

Siti Hajar Ismail

Syafizawati

Guru Vokal (Siti Hajar Ismail dan cikgu Syafizawati) - bagi aku, mereka berdua pilihan yang tepat.Secara umum tiada orang lain yang ada apa yang siti hajar ada. (mungkin calon lain yang boleh menggantikan beliau dgn lebih baik adalah syafinaz selama - seksi dan berkaliber). Manakala Cikgu syafi,diamnya berisi,beliau ada tarikan dan peminatnya yang tersendiri)



Guru 'motivasi' dan 'english' - Fatimah Abu Bakar - bagi aku, peranan fatimah abu bakar lebih pada seorang pengasuh,diperlukan untuk memancing dan mengasak emosi peserta sahaja. Dia antara guru lakonan yang bagus di malaysia. Anda fikirlah sendiri. :)


Guru Persembahan & Lakonan - Ida Nerina - pilihan bijak dan tepat! Bukan sahaja mempunyai tarikan sexual, Ida Nerina juga pelakon berkaliber yang bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Penyertaaannya dalam Amazing Race Asia ternyata strategi bijak bukan saja telah menjana popularti beliau, malahan memancing peminat2 dari golongan muda. Aksi beliau di AF7 nanti pasti mampu menjana publisiti positif dan negatif untuk AF dan diri beliau. Antara Fauziah Nawi dan Ida Nerina? Ida Nerina adalah calon yang lebih sesuai utk AF. Ibu Fauziah Nawi lebih sesuai di Raja Lawak.



Pengarah muzik - Acis - Sham kamikaze setakat ini telah berjaya memberi nafas tersendiri pada AF. Tidak seperti Roslan Aziz(pengarah muzik yang paling busuk buat AF). Aku berasakan apa yang 'ada' pada sham kamikaze ada pada Acis. Walaupun beliau suami orang. Tetapi aku tetap rasakan beliau boleh menarik perhatian penonton, bukan sahaja pada lagu gubahannya malahan pada personaliti beliau. duit duit duit... :)




Guru tari- A.Aris Kadir. Setakat ini Linda Jasmin adalah calon paling sesuai. Namun mungkin beliau ada komitment lain. Shes so easy on the eye(both male and female). Aku sangsi jika Aris mampu menarik perhatian penonton. Guru tari bukan sekadar mengajar tarian saja. Tetapi individu tersebut harus mampu memancing minat penonton wanita dan lelaki. Lelaki lembut tidak sesuai mengisi tempat ini. Dari segi rupa,beliau sederhana sahaja. Mungkin corak tarian dan personaliti beliau boleh menampung kekurangan yang ada pada beliau. Sejujurnya beliau adalah the 'weakiest link', caturan yang membawa risiko pada Astro.Hehehehe.



Hos mingguan - Ac Mizal. Sejujurnya aku tidak nampak apa yang Astro nampak pada Ac, aku rasa dia tidak membawa banyak keuntungan pada AF. Sumbangannya sederhana sahaja. Ya, Aznil telah meletak aras yang terlalu tinggi untuk beliau kejar. Jika di congak-congak, aku terfikir mungkin Astro berasakan Ac mempunyai peminat dari kalangan wanita berumur, atau luar bandar. Sejak ketiadaan Aznil, aku tetap berasakan Sarimah Ibrahim merupakan calon yang paling sesuai sebagai host AF. Beliau bukan calang2 orang. Mempunyai portfolio pengacaraan yang bervariasi, juga dia mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam alam saikologi. Satu element penting untuk mengemudi acara seperti host mingguan. Berapa banyak lagi peluang yang Astro mahu berikan pada Ac mizal?



Hos Diari - Sarimah Ibrahim, Beliau telah berjaya menarik perhatian penonton bukan sahaja sewaktu menjadi hos diary AF edisi lepas. Tetapi untuk rancangan2 lain juga. She look good on TV and shes spontaenously talented.Pastinya beliau akan menjadi tarikan utama penonton AF. Bila orang tidak bertukar channel sewaktu kehadirannya di TV, the money will keep on rolling ...


Pada masa ini, barisan peserta masih dirahsiakan. Mungkin kali ini barisan peserta akhir mempunyai segala perisa dan rempah yang akan memberi pulangan besar pada Astro. Tentu panel pemilihan telah bertungkus lumus.Setakat ini, peserta-peserta akhir pilihan Astro mempunyai pola yang sama dari edisi2 lepas. Kesemua mereka dipilih bukan hanya pada bakat dan rupa, tetapi keupayaan mereka memancing undi dari penonton.

Setiap musim AF memberi peluang pada saya untuk belajar cara bagaimana warga AF Astro befikir untuk dibuat rujukan. Cukup menarik bukan! AF bukan sekadar hiburan tetapi caturan perniagaan yang menghiburkan.AF7 yang berlangsung sewaktu negara badai kegawatan ekonomi menhampiri pasti menjadi satu medan percaturan yang hebat! Hehehehe.

Sumber:

http://www.murai.com.my

http://www.astro.com.my/

Labels: , , , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home