www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Sunday, February 15, 2009

Juno

Michael Cera and Ellen Page star in Fox Searchlight's Juno

I never realize how much I like being home unless I've been somewhere really different for a while.
Juno Macguff,JUNO.

Segar,Sederhana dan Sempoi. Itulah Juno pada aku. Dari babak pertama sampai babak ending(which aku suka gile!), Juno membawa kita akan dunia Juno Macguff, remaja 16 tahun di daerah kecil di Amerika Sykt yang secara tidak sengaja mengenal hidup dan apa itu kehidupan dalam erti kata sebenarnya hanya setelah beliau hamil!

Ini bukan filem yang hanya menceritakan nasib gadis hamil untuk ditangisi.Ianya adalah filem tentang bagaimana kasih sayang merubah hidup seseorang.Kerana kurangnya perhatian dan kasih sayang keluaganya,membawa pada episode kehamilan Juno,dan dengan perhatian dan kasih sayang mereka juga, bukan sahaja membawa Juno keluar dari 'beban' masalahnya tetapi mengajarnya akan erti dewasa, serta mengenali erti cinta yang sebenar.(yang hanya disedari setelah dia hamil!)

Apa yang menarik pada aku adalah bagaimana filem ini berjaya membawa kita pada dunia Juno dan merungkai setiap satu persoalan dan dilemma emosi watak2 nyasedikit demi sedikit sehingga ke hujung cerita.

Kekuatan filem ini adalah terletak pada olahan skrip, lagu latar dan lakonan.Skripnya yang memikat, memorable dan bersahaja. Terutama dialog2 yang dituturkan oleh Juno. Ia mengingatkan aku pada filem 'empire records'.

Setiap babak2 filem ini dihalusi dengan lagu-lagu latar yang bukan sahaja membantu penceritaaan, malah memberi jiwa dan identiti pada babak-babak tersebut.

Jennifer Garner and Ellen Page in Fox Searchlight's Juno
"can you hear me baby..?"

Pujian harus diberikan pada ellen page yang berjaya menjiwai watak juno, dan Jennifer Garner(vanessa) yang berjaya membawa watak isteri yang mempunyai naluri keibuan yang kuat.Pelakon-pelakon lain juga tidak menghampakan dengan kekuatan mereka membawa watak-watak dengan bersahaja dan tersendiri.

Babak akhirnya yang menyaksikan saat Vanessa menerima bayi Juno,cukup mendalam dan penuh makna yang tersirat pada kita. Namun saya pasti itulah keputusan yang paling bijak dan pengorbanan yang paling besar demi kerana kasih sayang Juno pada bayinya,vanesa,keluarga, kekasihnya,vanesa dan paling penting diri dan masa depannya sendiri.

Labels: , , , ,