7 tahun lepas, sewaktu kali pertama aku datang ke Segambut melawat ibu saudara yang tinggal disana.
Pada waktu tu aku masih seorang pelajar(dan masih mahu terus belajar) . Segambut waktu itu bukan lah seperti sekarang, belum banyak lagi kondo-kondo mewah melata macam sekarang. Waktu itu, ramai orang kelantan tinggal disana.

Minggu lepas, dalam perjalanan ke OU, aku melalui jalan segambut, Perjalanan dengan membonceng motorsikal bukan sahaja membuka luas mataku, tetapi juga benak pemikiran ku.

Segambut dalam kini,bagi aku tak ubah seperti bandar pinggir jakarta. Dengan warga asing yang halal dan haram memenuhi kiri kanan jalan. Kedai-kedai koboi yang semestinya dibuka oleh mereka. Kontras betul, di samping kondo-kondo mewah yang meninggi, dan apartment kos sederhana yang ada disana, wujud satu daerah ala jakarta disana.Aku rasa mereka bukan merempat disana, kerana bagi aku, kebanyakan warga indonesia ini bijak, cuma nasib mereka tidak terbela di negara sendiri kerana kedaifan kerajaan indonesia menjaga kesemua warga negaranya yang berjumlah ratusan juta itu!

Disana aku lihat mereka memenuhi sisi-sisi jalan, melepak-lepak di kaki lima kedai dan kedai kopi. Jarang aku nampak wajah warga tempatan disitu, yang ada cuma beberapa kelompok melayu, cina dan india cuma kelihatan memandu kereta mewah dan semi mewah meyusur jalan segambut dalam. Fuh, segambut sudah bertukar ‘tuan’ nampaknya. Mungkin dahulunya merekalah yang membina kediaman-kediaman mewah itu lalu kini mungkin mahu menetap terus disitu.

Aku terfikir, sungguh ironi nasib orang melayu yang lemah, keadaan disegambut itu memberi gambaran realiti umum yang jelas, bahawa, pada pandangan aku orang melayu yang lemah bukan sahaja tidak berpeluang untuk hidup bertempat di kondo mewah, di rumah papan kecil juga belum tentu mereka dapat merempat.

Maaf, aku bukan bermaksud perkauman tetapi menulis tentang realiti kehidupan orang melayu masa kini.Cukup sedih dan membimbangkan.

Malangnya ramai yang masih tidak sedar,walaupun ditongkat bantu berkali-kali, tetap gagal untuk bangun. walaupun kerapkali dimotivasi dan dinasihatkan, namum hasilnya tetap sama.Bagi aku,Kegagalan kita adalah kegagalan diri kita,keluarga kita, agamakita, bangsa dan negara kita. Tuhan tidak akan merubah nasib seseorang jika mereka tidak merubah nasib mereka sendiri.

Ayuh lah bangun bersama.Jangan malas dan leka.Selagi umur kita masih muda, peluang yang ada jangan dipersia-siakan.Berhibur tidak salah, tetapi focus utama kita harus ditumpukan pada pelajaran, perniagaan atau kerjaya demi kejayaan masa depan kita, keluarga, agama, bangsa dan negara.