www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Wednesday, February 18, 2009

Raja Lawak 3

Terima kasih kat Jozan,(Johan dan zizan raja lawak 1), aku tetiba layan dgn scene lawak malaysia.Mungkin orang lain anggap dieorang tak bagus. Tapi aku suka konsep Jozan show yang sempoi. :)

Hence, secara tak langsung, buat pertama kalinya aku layan juga Raja Lawak 3. Setelah 2 musim. Ni kali pertama aku follow raja lawak setiap hari jumaat. (nak keluar rumah pun rasa liat sikit). Walaupun aksi peserta2nya tak ada lah lawak sgt(kecuali jihan dan sepah). Tapi aksi jozan dan panel juri menghiburkan juga lah.Diary aku tak follow. and No aku so far tak terpancing lagi dgn marketing ploy Astro. Maybe utk malam final nanti aku sedekah 1 undi. pada sesiapa yang layak.

Amir RL3
Amir RL3


Ya, aku orang kelantan, amir 'im sorry' tu pun orang kelate jugop. tapi sorrylah amir, aku belum lagi terbukak hati nok bui undi sms kok mung. Kesian2 jugak tgk kesukaran amir mengtranslate loghat klate nye ke bahasa KL. Kiteorg gelak pun sebab gelakkan lawak dia yang tak kesampaian tu. Anyway aku respek amir. hes a brave fella!

Chot RL3 Chot RL3

Chot pun aku minat.Lawak dieorg menarik bagi aku. Cuma kadang2 jadi kadang tak jadi. Aksi amir dan chot ni mengingatkan aku pada waktu sekolah menengah. Aksi dan lawak amir dan chot ni memang aksi taraf budak sekolah menengah/kolej lah pada aku.hehehe.

Jihan RL3

Sepah RL3

Peserta favourite aku setakat ni kumpulan Sepah dan Jihan(cuma last week, lawak jihan tak menjadi..). Aksi dua peserta ni mmg kiteorg tunggu2 setiap minggu. Aksi sepah minggu lepas(muzikal) adalah yang paling lawak sekali.

Aku rasa Sepah akan menang musim ke 3 ni. Pencabar terdekat adalah Jihan. LNJ dan Chot maybe berebut tempat ke 3. Aku harap Jihan menang, Aku rasa lawak dia bijak sikit lah. Tapi lately lawak2 Sepah pun dah ada pengisian, bukan stakat slapstik dan bodoh.

Bagi aku menjadi pelawak ni susah woo. Kena banyak membaca, banyak tengok tv,dengar radio, surf internet dan observe budaya masyarat setempat. Dari situ baru kita tahu what ticks and what not. Kalau tak buat homework, sure kalo tak slapstick,plastic, sure lucah dan double meaning je. So macammana orang nak respect pelawak rite?

Actually, utk acara-acara korporat mmg ramai nak pakai pelawak untuk jadi host dan comedian.Terutama utk acara yang high end. Tetapi kat malaysia ni, tak ramai pelawak yang ada kaliber utk mengisi acara high end tu, rata-rata yang mendapat peluang adalah pelawak-pelawak luar, atau bukan bumiputera.Dan malangnya kebanyakan nya dah berumur. Macam Harith Iskandar. Kita memerlukan ramai lagi bakat-bakat baru.

Malangnya, pelawak2 yang dalam kategori tak sekolah tinggi ni kebanyakkannya hanya diberi peluang mengisi acara2 padang dan 'sukaneka'. Itulah, betapa berharganya ilmu itu pada seseorang itu. Yang dah bagus tu pun, kena terus terusan mengasah bakat, memperkayakan bakat dan skills serta infomasi supaya mereka kekal fresh dan updated.

Kalau tak kesian sgt bila audience buat bodo je pada dieorg. Dieorg buat lawak pun orang tak gelak.Koz tak menepati jiwa, cara dan pemikiran mereka.

Utk handle Event korporat (masyuk bayarannya taw!), seseorang itu kena ada bakat berinteraksi,menghibur,menarik perhatian audience,EQ dan IQ kena up sedikit supaya ianya selari dengan imej syarikat korporat itu untuk menarik perhatian audience dengan gaya yang menghiburkan dan mempunyai pengisian yang bermakna, bukan saja dapat memberi hiburan tetapi memberi cetusan motivasi dan ilham pada audience untuk dibawa pulang setelah selesainya persembahan.

Opps...termerepek pulak kat sini. Utk kenal lebih lanjut tentang raja lawak 3 dan peserta2nya
klik ke website;

http://www.murai.com.my/glamorama/rajalawak/

P.s i just received a lovely happy news from my abah dan ma <3. nak tahu apa dia? tunggu....hhehehe

Labels: , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home