www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Tuesday, March 17, 2009

Muzik Aktif is finally on!

Tahniah RTM kerana akhirnya berjaya melancarkan siaran Muzik Aktif di saluran 180 Astro. Siaran hiburan 24 jam ini khusus untuk menyiarkan rancangan hiburan dan muzik video tempatan.karya kreatif tempatan akan ditayangkan mengikut segmen2 yang bersesuaian dengan genre karya.

Kini, karyawan seni negara bukan sahaja mempunyai satu lagi platform untuk memberi lebih pendedahan pada hasil karya mereka.Bahkan, secara tidak langsung ia akan menjana pendapatan mereka dengan lebih optimum, menerusi royalti, ruang dan peluang untuk mereka memasarkan dan menonjolkan karya kreatif mereka pada masyarakat.

Aku rasa, Buat masa ini kerjasama RTM dengan Astro merupakan satu kerjasama bijak, yang dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak, secara tidak langsung dapat meminimakan kos operasi.

Cuma RTM perlu suntikan-suntikan kreatif mungkin dari karyawan muda supaya imej saluran muzik aktif terus segar dan relevan pada golongan sasaran.Mungkin RTM boleh bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan yang lebih mempunyai kepakaran dan lebih peka akan kehendak semasa.

Dalam pada itu, sepertimana GLC-GLC lain, kebanyakan mereka agak lembap untuk bergerak kerana mempunyai pelbagai saluran tapisan. Malang apabila idea baru yang segar ditolak mentah2 oleh kakitangan senior yang mempunyai minda yang rigid dan cara pemikiran yang berbeza.

Secara peribadi, aku sedih dengan segelintir kakitangan pengurusan RTM yang masih belum mahu meninggalkan tradisi lapuk yang sudah ketinggalan. Antaranya penggunaan backdrop yang 'meriah', dengan belon2, kain riben rentang dsbnya.

Apakah mereka tidak membuat tinjuan akan perubahan semasa yang berlaku di stesen tv lain? atau mungkin membuat tinjauan di stesen tv jiran, indonesia,thailand dan singapura misalnya? Contoh yang simple, fesyen pakaian pengacaranya, penggunaan warna dan design sense utk backdrop,montage(sudah banyak yang perubahan positif tho).

Bagi aku, untuk menarik minat penonton,mereka perlu ada design dan business sense yang peka pada kehendak semasa, supaya ratings RTM mampu bersaing dengan stesen tv tempatan yang lain.

Anyway, pelancaran muzik aktif,adalah salah satu langkah pertama kearah mendekatkan masyarakat kita kearah penyiaran digital, Selari dengan dasar jalur lebar negara yang akan melengkapi prasarana Fibre To Home(FTTH) @ HSBB (High Speed Broadband) ke seluruh negara pada masa akan datang,ianya yang akan dilancarkan secara berperingkat2 ke seluruh negara dalam tempoh lima dan sepuluh tahun akan datang.

Bukan sahaja dalam bidang penyiaran, prasarana digital menerusi platform FTTH ini nanti akan membuka lembaran baru dalam industri perubatan, pendidikan, perniagaan.

Wajah industri penyiaran negara kita akan berubah dan industri susulan akan berkembang dengan pesat dalam tempoh 5 dan 10 tahun akan datang, dengan fungsi digital, ia akan merubah cara kita menonton tv. Interaktif di hujung jari anda! Adakah anda bersedia ?

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home