www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Sunday, March 15, 2009

Ulasan Konsert AF7: Minggu Pertama

Apa yang menarik perhatian pada konsert pertama AF7 kali ini adalah penyediaan pentas yang memberi peluang pada penonton didewan dan dirumah untuk mendekati peserta dengan lebih dekat. Dari segi kos juga ianya mungkin memberi lebih ruang pada Astro untuk meminimakan kos. Namun dari segi pencahayaan, rasanya Astro perlu memberi lebih penekanan untuk mengelakkan blindspot, supaya penonton tidak menyamakan kualiti pencahayaan AF7 kali ini bertaraf RTM.

Transformasi paling utama yang dapat dirasai pada musim kali ini sudah tentulah dengan kualiti kesemua 14 pesertanya. Rasanya, setelah 7 musim, inilah kali pertama Astro berjaya memilih peserta yang mempunyai kualiti suara dan persembahan yang tidak merugikan masa siaran,juri dan juga penonton.Kesemua 14 pelajarnya boleh dikatakan mempunyai pakej yang hampir sempurna.

Namun, masih ada diantara tersebut yang hanya dijangka memainkan peranan sebagai ‘penumpang’ sahaja(menghabiskan beras dan masa siaran Astro shj). Antaranya Adila, peserta dari Johor yang bagi saya tidak mempunyai Xfactor atau U(undi) faktor. Beliau adalah bekas artis rakaman yang ‘flop’. Rasanya tempat beliau perlu diganti oleh bakat baru yang lebih mampu untuk menyinar, paling tidak pun dapat memancing undi penonton. Ini kerana jika Adila mempunyai tarikan sebagai artis, sudah tentu dari dahulu lagi masyarakat sedar akan bakatnya. Peranan Adila di dalam Diary harus diprovoke lagi supaya dapat create more drama AF.

Kehadiran peserta seperti Sidi, walaupun mempunyai suara yang lunak. Tetapi beliau seorang individu yang tidak mempunyai personality menarik. Seorang artist perlu mempunyai daya tarikan yang mampu membuat orang ingat akan kehadiran mereka dipentas dan mampu membuatkan nama mereka meniti dibibir-bibir masyarakat. Kemampuannya menambah ratings untuk Diary AF juga setakat ini malap, membosankan dan ada potensi kehadirannya sekadar menghabiskan beras dan masa siaran Astro shj. Hes too forgettable on screen. Kenapalah astro amik sidi, tempatnya lebih sesuai utk pertandingan nyanyian bintang HMI shj.

Tiada apa yang menarik juga tentang ‘Rini’ yang mampu membuat orang ingat akan dirinya, kecuali dirinya seorang bertudung dan mempunyai potensi utk mengisi slot drama diary AF untuk dilihat.Lagu yang dibawakannya pada konsert pertama bukan sahaja tidak menarik perhatian malah tidak bersesuaian dengan vokalnya. Saya melihat kehadiran Rini lebih diperlukan untuk Diary Af.

Barisan juri AF7 juga amatlah membosankan, dahlah lampu malap, pakaian gelap, komen-komen yang diberikan predictable dan tidak membantu untuk ratings.Terutamanya komen dari Datuk Khatijah Ibrahim. Hanya Adlin seorang sahaja yang membawa fungsi good tv. Astro memerlukan seseorang yang bukan sahaja boleh memberikan komen-komen yang berkesan pada peserta bahkan penonton dirumah. Individu-individu seperti Ogy Ahmad Daud, Adlin Aman Ramli,contohnya, suka atau tidak, mereka memberikan hiburan pada penonton untuk terus menonton AF.

Bukan menidakkan credibility Datuk Khadijah Ibrahim, tetapi rasanya tempat beliau lebih sesuai untuk seseorang yang mampu menyimbangkan kesuraman komen-komen *tepuk dahi dari Edrie Hashim, supaya energy konsert tidak menurun dengan komen-komen yang mendatar dan predictable.

Bayangkan peranan tersebut diambil oleh seseorang berkarekter yang orang suka untuk suka dan benci seperti Anita Sarawak, Datuk Shake, Aznil Nawawi, Ogy Ahmad Daud, Shahfinaz Selamat, Sheila Majid,atau sesiapalah yang boleh memberi komen yang menghiburkan atau mungkin Noryn Aziz sekurang-kurangnya she will looks good on tv. Harapnya diminggu akan datang Astro akan menjemput juri jemputan yang boleh mewarnai konsert. Erm apa kata Astro menjemput Anggun untuk konsert 28th march nanti hint hint..

Secara keseluruhannya konsert pertama AF7 boleh dikatakan satu konsert yang berjaya dan worthwhile dari segi Kualiti persembahan 14 pelajar-pelajarnya, kerana ia adalah yang terbaik dalam sejarah AF selama 7 musim. Namun, konsert pertama AF7 kali ini adalah paling suram dan tidak meriah sekali. Banyak elemen utama AF dicantas, padhal AF adalah salah satu program yang dihalalkan untuk berdrama untuk merobek sekalian hati maklhuk yang menontonnya untuk memeras undi scara saikologi. Siapa peduli kalau pemenangnya seorang yang tidak boleh menyanyi sekalipun? yang penting ianya menjana untung dan memberi hiburan.

Ac Mizal juga gagal menaikkan seri dan keceriaan konsert, sekelat sinar wajah Ac, lawak-lawaknya jugak tidak begitu happening. Namun imej AC kali ini harus diberi pujian. Dia nampak kemas dan smart.

Saya tidak memahami mengapa Astro harus membuang element catchphrase untuk memancing undi. Inikan rancangan undi?. Dimana kemeriahan dan keriuhan peserta-peserta memperkenalkan diri masing-masing dan menjerit catchprase mereka untuk memancing undi.‘saya melor dari negeri kebun bunga!! Undilah sayaa!!” seperti sebelumnya.Elemen tersebut bagi saya, penting bukan sahaja untuk meneruskan tradisi tetapi untuk mengingatkan penonton bahawa ini rancangan berbentuk undian. AF adalah satu-satunya rancangan berbentuk undian yang dihalalkan untuk meraih undi sms dari penonton secara langsung atau tidak. Memaparkan skrin undian sahaja adalah tidak mengcukupi. Sepatutnya,dengan kualiti kesemua 14 pelajar musim ke 7 ini, Astro harus lebih gigih lagi memancing undian penonton dengan tidak malu-malu lagi.


Berikut adalah pandangan peribadi saya mengenai beberapa persembahan peserta AF7, minggu pertama.

Adila – Di bawah pohon Asmara(Jaclyn Victor)

Persembahan beliau tidaklah menghampakan.Pujian harus diberikan padanya kerana mencuba dengan bersungguh-sungguh. Malangnya beliau mempunyai ciri artist yang mudah dilupakan. Beliau tiada tarikan X dan U(undi).

Sidi – Terima Kasih Cinta(Afgan)

Sidi punya suara yang lunak. Namun beliau kaku dipentas. Beliau harus belajar dari Aril bagaimana mahu menjadi Artis yang mempunyai daya penarik. Jika mahu kekal lama, beliau harus membuang imej skema, dan menunjukkan karekter dan personality yang lebih menarik.Jika tidak, peranan beliau diAF7 hanyalah seorang penumpang yang membazirkan masa siaran Astro sahaja. Beliau tiada tarikan X dan U(undi).

Yazid – Wajah Kekasih(Jamal Abdillah)

Yazid mempunyai suara yang lunak juga. Lebih baik sedikit dari Sidi. Beliau lebih berpotensi untuk menarik undian penonton berbanding Sidi.

Isma – Sepi(tak tahu lagu siapa)

Pada usia 30 tahun Isma merupakan seorang Hot mamma beranak 5. Wow and she can definitely sing! Dia ada elemen yang menarik untuk ditontoni. Suara juga bagus. Tetapi malangnya siapalah yang mensabotaj imej beliau dengan jaket merah kusam dan denim biru yang lusuh pada beliau. Baju tak kena dengan lagu langsung.Siapa yang sabotaj kakak ni?

Akim – Hatiku Kau Luka(Loga?)

Akim, beliau ada X dan U faktor. Pilihan bijak. Atitude dan suara dia juga melekat dihati penonton yang melihat beliau. Bakal top 5.


Claudia – Sempurna (Gita Gutawa)

Claudia juga mempunyai suara yang bagus. Mirip Dayang Nurfaizah. Beliau ada potensi untuk menjadi artis yang mampu bersaing lebih baik dari bintang-bintang AF yang lain. Bakal top 5.

Hafiz – Lagu kita(aizat)

Hafiz, budak baik. Suara bagus. Beliau merupakan underdog. Tetapi saya pasti dalam diam tempat top 5 pasti dalam tangannya. Beliau ada X dan U faktor untuk kekal lebih lama dari yang lain. Masakan tidak, attitude nya bagus, nampak macam seorang yang merendah diri dan ingin mahu belajar. Pasti menjadi peserta kegemaran sekeluarga.


Rini – Elegi Sepi (Azharina)

Lagu elegi sepi memanglah sedap.Tetapi bagi aku lagu ni membosankan, tidak memberi banyak ruang untuk sang penyanyi untuk menunjukkan kepelbagaian suara. Lagu ini hanya boleh dinyanyikan untuk mereka yang mempunyai suara yang lebih sedap dari suara Azharina sahaja. Jika tidak mereka hanya akan membuat orang menguap atau menukar siaran sahaja. Ditambah lagi dengan gaya persembahan yang kekakuan. Rini bagi aku tidak ada x dan U faktor.

Obri – Jeritan Batinku ( P. Ramlee)

Persembahan Obri kelakar bagi aku. Lagu dia punya lah sedap Acis rearrange.Kalau dapat kat Kair sudah tentu ianya akan menjadi persembahan yang iconic seperti 'mentara semerah padi' versi khair.Obri ini mengingatkan aku pada Khai. Mamat skema bersuara ok ok sahaja. Cuma Obri lebih comel dari Khai kot?. Tetapi, kalau didengar betul2, suara beliau sebenarnya ada kelainan. Mungkin perlu diasuh dan dibentuk lagi untuk memcari identity tersendiri.Beliau ada ciri X dan U. Mungkin bakal top 5.

Aishah – Dan Sebenarnya ( Yuna).

Dalam diary, Aishah nampak membosankan. Namun, dipentas konsert, Aishah seolah-olah bertukar menjadi superstar! Kagum sekejap dengan pembawaan beliau yang tersendiri.Tidak terikut-ikut dengan gaya Yuna sedikit pun. Walaupun baru berumur 18, nampaknya beliau telah matang, dah kenal gaya persembahan dan lagu yang sesuai dengan suaranya.Beliau ada gaya tersendiri yang segar dan keyakinan. Beliau ada ciri X dan U. Bakal top 5.

Qhaud – Phenix Bangkit ( M. Nasir)

Mawi versi AF7 kot?. Maksud aku dari segi imej beliau yang nampak goodie two shoe.Sejuk mata orang tua melihat. Seperti Mawi,Beliau mempunyai ciri kemelayuan yang kuat, dengan nama ala-ala arab, pasti ada sudi memberikan undi pada beliau. Jika beliau diberi lagi nasyid, dipakaikan kopiah, dan selalu2 berdoa didalam diary sudah pasti lebih banyak undi beliau akan mengatasi yang lain. Beliau ada ciri X dan U untuk pasaran tempatan. Bakal top 5.


Aril – Rahasia Perempuan ( Ari Lasso)

Seperti dijangka, individu yang berkarekter seperti Aril ini pasti memberi warna yang boleh melekat dihati penonton. Berbanding persembahan peserta lain, Aril seperti tahu resipi2 kreatif untuk stand out among the rest. Gaya persembahan Aril selalunya diguna pakai oleh artis Thailand,Indonesia, jepun dan korea. Animatik dan energik. He looks good on tv dan mempunyai kelebihan untuk menarik perhatian penonton dengan aksi dan imej beliau. Beliau adalah Adam dan Dafi untuk musim ke 7. Pentas AF sudah pasti mampu memberi banyak ruang pada Aril untuk mencuri tempat didunia hiburan berbanding gengstars. Bakal top 5.

Keseluruhannya selain Adila dan Rini, kesemua peserta-peserta AF pada malam konsert dilihat mempunyai peluang yang sama cerah. Berbanding musim sudah, agak sukar untuk menilik sang juara kerana kesemua mereka mempunyai peluang untuk menjadi juara. Nasib mereka ditentukan dengan kesesuaian lagu yang akan dibawa mereka sahaja.

Mereka hanya perlu meraih undi dengan menonjolkan karekter masing-masing di diary sahaja. Dari segi suara, kesemuanya mempunyai peluang sama rata untuk menang.

Persembahan lelaki Pilihan konsert 1: Hafiz

Persembahan perempuan Pilihan konsert 1 : Aishah

Persembahan terbaik : Aril

Labels: , , , , , , , , , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home