www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Sunday, April 5, 2009

Konsert AF minggu ke 4

Konsert ke 4 buat kali pertama pada musim ke 7, menampilkan 4 juri, edrie hashim dan adlin selaku juri tetap dan amy search serta datuk siti selaku juri jemputan. Kedua nama besar ini pastinya meyumbang rating penonton.

Secara peribadi, aku berasakan momentum konsert AF mulai menurun, entah kenapa Astro kurang menyuntik elemen2 drama dan airmata seperti musim-musim sudah. Banyak drama2 didalam diary yang boleh digunakan untuk meraih undian dan simpati penonton AF.Jangan kerana mempertahankan konsep transformasi undian aka fulus menurun sudah.hehehe


Aku masih menunggu kalau kalau aishah di’dera’ dengan high heel di sewaktu diary. Geram sungguh melihat persembahan aishah yang masih terkepit2 mcm tiang bendera, takut untuk bergerak bebas kerana alasan bersepatu tinggi!


Aku juga keciwa kerana Astro tidak memanupulasikan kisah sedih Rubisa dan anaknya sewaktu konsert. Tiada rakaman video dimana kisah rubisa bermimpi sedih dan kisah anak rubisa yang sakit tidak dipaparkan pada penonton konsert. Mengapa oh mengapa? Mungkin juga Astro tidak lagi mempunyai peruntukan bajet seperi musim sebelumnya dimana keluarga peserta dapat diterbangkan untuk sessi kejutan. Well, jika dirancang dengan rapi mungkin kerjasama Airasia bisa mengaturkan semua itu,dengan tidak langsung Airasia dapat mempromosikan penerbangan tambang murahnya pada penonton Astro.Mungkin tidak?.


Penyingkiran serentak dua pelajar, Rubisa dan Zizi merupakan langkah yang tepat dan bijak untuk menyentak penonton dan peminat yang mungkin masih liat untuk mengundi peserta kegemaran mereka. Mungkin dapat megempur peminat2 Aril, Akim,Hafiz supaya tidak lena. Secara tidak langsung memaksa peminat Sidi,Isma,Claudia untuk bekerja lebih keras.


Walaupun Sidi banyak kekurangan, tapi nampakknya peminat dan keluarganya masih gigih mengundi wang masuk ke Astro.Setialah kau disitu wahai Sidi. Lagi lama kau disitu lagi bagus.:P


Aku suka aksi Siti Hajar dan Pn Fatimah yang sukarela (atau mungkin planned) dengan spontan membuat kenyataan untuk ‘memperbetulkan tanggapan’ juri dan penonton. Sesuatu yang perlu untuk memberi warna dan drama pasa konsert mingguan yang semakin lama semakin hambar aspek dramanya. Secara peribadi bagi aku, AF bukan program mencari penghibur. Ia hanya program untuk menjana keuntungan bagi Astro dari segenap penjuru. Its all about dollar and cents. Jadi, sesiapa yang tidak memberi keuntungan cepat2lah mereka patut disingirkan secara terang atau halus. Itulah reality yang berlaku pada Rubisa dan Zizi.


Secara dasarnya kualiti persembahan pelajar2 pada minggu ke 4 adalah lebih baik dari minggu ke 3. Mereka nampaknya tidak mensia2kan peluang mencuba yang lebih baik. Pendek kata. Tidak sesia mereka ‘terkurung’ dalam gudang dan diberi makan secara ‘percuma’.


Aishah – mentari merah diufuk timur

Ada perubahan dari segi pakaian, betterlah dari minggu sudah. Opening yang bagus. Good energy, vocal jugak lantang, Cuma separuh kedua lagu sudah nampak kepenatan, dan malangnya masih kaku dengan muka ketatnya. Aku tidak releks tgk aksi dia.


Qhaud – di taman teman

Err. Klon mawi ni akhirnya dapat lagu yang mungkin dapat memancing undian peminat mawi.ahaks. Baju tak sesuai dengan lagu. Ada gangguan teknikal ketika persembahannya,tahu tahu dah habis. Malangnya apabila diberi peluang melakukan persembahan kali kedua, mamat ni bantai sampai hancus. Lirik lupa dsb. Lawak giler.


Claudia – suralaya dalam d major

Vokal bagus, terang dan lantang, juga pembawakan vocal yang tersendiri. Bajunya aku rasa sesuai utk datuk siti. Baju mcm jubah tetapi bukan jubah, sesuai dipakai bagi mereka yang bertudung tapi taknak bertudung.oopps.


Aril – lakaran kehidupan

Aril ni memang kreatif. Suka tengok cara persembahan dia yang tersendiri. Muka dia jelas kepenatan.Satu persembahan yang memorable. Vokal pun nampak dia mencuba yang terbaik. Suara dia unik.Jika terus berlatih, he will become a new superstar.


Yazid – aku cinta padamu

Opocot! Ingatkan penari2 latar tersilap masuk. Tetapi ruper2nya mmg penari untuk persembahan yazid.hahaha.sgt2lah off. Yazid mendatar lah. Boring gile dgr mamat ni nyanyi. Hes too arrogant to adapt into new surroundings.sudah2lah, kalau nak maintain macho, degil tanak adapt dgn situasi baru. Jangan masuk contest, jangan jadi penyanyi. Duduk kat kampong dah jadi lah diri kau sendiri. Igt senang ke nak kadi penyanyi or penghibur?? Sayang btul suara ada, tetapi…attitude problem.


Akim – destinasi cinta

Wow. Better hair! Terima kasih lah sapa yang adjust rambut akim, nampakla macho sket, kenapa nak mengurlgurlkan mamat ni. Cukup2lah nubhan dan diddy menjadi gurly gurl gurl boy. Akim should remain as his original self.funky and feisty. Aku suka persembahan2 akim. Hes got style. Love his body momement.Persembahan yang berkeyakinan, of course vocal masih boleh dibaiki,Cuma penari mcm tk kena je dgn persembahan dia. Nampak akward.again.Tapi overall he looks hot.


Isma – gilakan kau

Good performance, konfident, tetapi macam OTT sket dgan growling2nya. Nampak over dan try too hard to not be herself. But overall her performance bagus. Mungkin dia mecuba sedaya upaya supaya tidak nampak mcm siti kerana siti ada dikerusi juri.


Rubisa – Tiada lagi

Thank god,dress dia better than before. Very emotional performance. Vocal leh improve lagie.Cuma at the end of her show I was hoping for astro to bring her famili or son on stage. Alaa…injek2 drama airmata sket, sunyilah takda drama, dah tade identity AF dah. AF bagi aku is a musical drama + talent competition at the same time.too bad, if not sure vote rubisa menderu masuk.


Hafiz – cinta ini

Smooth, tk mengecewakan, Suara hafiz ni mmg sedap, nyanyi lagu ape pun sedap. Cuma this week aku rasa hes not as good as before.But overall compared to other males. Hes still the best.

Sidi –ku milikmu

Persembhan kaver kongkang. Lama gk mamat ni duduk atas kerusi. Cuma this week makeup dia tk nampak pondan sgt dah.hehehe…last week pondan gile. Tapi boringlah mamat ni, in fact, lagu happening tapi crowd and audience macam mengantuk je tgk dia nyanyi. Fanatic pung cam tido time dia ni nyanyi. Ayaa…


Zizi – aku dah bosan

Suprisingly zizi exposed her best performance, penuh konfiden,delivery pun sharp. Persembahan yang tersendiri. Tetiba malam ni dia jadi star!


Best performance male: hafiz

Best performance female: zizi

Worst performance male:qhaud

Worst performance female: Aishah

Labels: