www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Friday, September 11, 2009

iklan sebabak

Sejak akhir-akhir ini semakin banyak iklan tempatan mengunapakai selebriti atau pelakon melakonkan watak –watak iklan beridentitikan orang lain.

Adakah agensi bakat sudah ketandusan bakat-bakat baru? Secara peribadi, aku lebih suka watak iklan dibarisi pelakon yang tidak atau belum dikenali ramai, supaya emosi penonton iklan lebih mudah dipancing dan fungsi iklan lebih efektif untuk menarik jualan atau mesej iklan boleh disampaikan dengan lebih dekat. Masih ingat iklan nora Danish sebagai hello kitty untuk hotlink? Iklan tersebut begitu berjaya sehinggakan bukan saja mampu mengangkat nora Danish sehingga menjadi pelakon dikenali ramai malah menaikkan hasil jualan hotlink untuk tempoh kempen iklan tersebut!

Sejak dahulu,Pengunaan selebriti atau pelakon terkenal dalam iklan adalah lebih efektif dalam iklan berbentuk duta duta produk, mengunapakai identiti sebenar selebriti tersebut.Contohnya Siti Nurhaliza untuk pepsi, Maybeline dll.Ini adalah kerana produk tersebut ingin dipasar dan dipasangkan kepada golongan sasaran yang merupakan peminat selebriti tersebut.

Namun scenario telah berubah kini dimana makin banyak iklan dilakonkan oleh selebriti dikenali untuk watak iklan.Bayangkan Siti Nurhaliza dibayar untuk berlakon ubat gigi untuk watak perempuan beranak dua, bernama Lina. Adakah penonton iklan akan mempercayai mesej iklan tersebut sedangkan satu Negara sememangnya tahu bahawa lina adalah datin siti nurhaliza, isteri Datuk K dan masih belum punya anak dan giginya sememangnya dijaga rapi bukan sekadar dengan memberus gigi. Jadi kenapa eksekutif pemasaran syarikat ubat gigi itu membuang wang syarikat untuk iklan yang tidak efektif? iklan itu secara terang-terangan merupakan bohongan atau lakonan semata. Bukankah lebih baik mereka membayar lebih untuk membayar siti nurhaliza selaku duta produk mereka?

Fungsi iklan adalah berbeza dengan filem mahupun drama dimana pelakon2 yang sama boleh berganti watak. Filem dan watak-watak iklan seharusnya kelihatan sesebenar yang mungkin supaya mesej iklan dapat menembusi fikiran dan hati penonton iklan. Mesej iklan akan lebih kelam kabut dan bercelaru apabila pelakon atau selebriti dikenali ramai membawa watak orang lain dengan nama orang lain sedangkan identiti sebenar dan kisah peribadi selebriti tersebut sememangnya diketahui ramai!

Aku masih boleh terima jika selebriti dikenali melakonkan watak bukan diri mereka sendiri untuk satu iklan khidmat masyarakat(PSA). Namun adalah amat jelik melihat watak iklan mengiklankan produk dengan mengunakan nama samaran atau identity watak yang kontra dengan identity asal selebriti tersebut!

Adakah pengarah kreatif iklan masakini malas untuk mencari bakat baru untuk iklan mereka atau sedang bereksperimentasi? Atau mungkinkah iklan2 tersebut diarahkan oleh pengarah filem atau drama tempatan yang berasakan bikin iklan sama seperti bikin filem atau drama? :P