www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Thursday, February 11, 2010

knock knockin with Exorage

dari kiri shah, lando & Dhan


Republishing photos is permitted but must be creditted to www.melodica.com.my


Exorage, maybe korang tk kenal koz dieorg masih belum diexpose kaw kaw lagi. bagi yg dah penah jenguk show dieorg, ada yang kata dieorg macam the muse. ada yg suka, ada yg sinikal. watever, tu hak korang utk nilaikan sendiri siapa exoraga pada mata dan telinga korang. Exorage pada melodica dalah band yang berdisiplin, mudah utk dihubungi, dan almost professional. pendek kata senang bekerjasama dengan dieorg, and they give their best everytime bila dijemput utk perform. satu sikap yang amat bagus dan harap2nya dieorg maintain mcm tu dan patut dicontohi oleh band bilis2 yang baru nak up.

Jadi tidak heran mereka telah disambar Alibi Music dibawah pengurusan KC ismail, membuktikan bakat dan kerja keras mereka mendapat perhatian pihak yang menyedari potensi yang ada pada Exorage. So lepas je habis perform kt ukm haritu, dieorg sudi n sgt sporting utk spent time sket with melodica dan the rest of the crew utk bergambar dan lepak2 kejap. Pada yg belom kenal Exorage ni, harap2nya dapat kenal dieorg serba sedikit. nak lelebey tu..apelagik add dieorg kt myspace n facebook and jgn lupa check out lagu2 dieorg!

kenalkan sapekah ahli exorage?


exorage terdiri daripada tiga orang ahli, dhan sebagai penyanyi dan juga gitaris, shah selaku bassist dan juga backing vocal dan lando sebagai drummer..

camne band boleh tertubuh?
penubuhan exorage merupakan ilham dari dhan, pada tahun 2007 dhan merupakan sessionist untuk kumpulan "shock system" dimana lando dan shahriz merupakan ahli tetap bagi band shock system. Idea ini timbul setelah beberapa lagu ciptaannya didengarkan kepada shahriz lalu secara tidak rasmi exorage ditubuhkan. bagi melengkapkan setiap posisi drum yang masih lagi kosong. setelah beberapa orang drummer yang dicuba dan tidak menepati citarasa akhirnya timbul idea untuk mengambil lando atas sebab2 yang tertentu, dimana dia merupakan bassist pada ketika itu. namun sifat berani mecuba dan ingin berlajarnya mengatasi segalanya..hahaha dan sehingga hari ini.

nape angkat 'exorage' as nama band?ada pepe spesel ?
exorage merupakan nama simbolik bagi emosi lagu2 dendangan kami dan persembahan lansung kami... exo = luaran dan rage = sifat amarah...dengan nama ini (exorage) ia adalah sinonim dengan cara kami menyampaikan karya2 kami...namun walaupun luarannya agak mengganas or rebel, dalam hati kami ini tersembunyi sifat2 yang baik juga wahahaha...

pencapaian exorage yg boleh dibanggakan setakat ni?
hummm setakat ini pencapaian exorage yang boleh dibanggakan ialah..... kami berpeluang beraksi di pentas ROCK THE WOLD 9, pertama kali exorage menjejak kaki ke pentas yang gah bersama nama2 yang sudah lebih awal dikenali....keduanya kami baru sahaja dilamar oleh sebuah syarikat rakaman..dan baru2 ini kami berpeluang berkongsi pentas dengan artis2 yang hebat seperti LJ, Dayang Nur Faizah,Lah Ahmad, Kalysa, Marsha dan banyak lagi dibwah lebal yang sama..dan kami harap akan ada banyak lagi peluang2 gig/show/konsert di seluruh malaysia mahupun sekitar asia atau lebih...hehehe


lagu-lagu exorage ni mcmmana?
idea lagu2 exorage bervariasi mengikut emosi jalan cerita lagu itu sendiri, setakat ini cerita2 untuk lagu2 kami berlandaskan kisah sebenar pengalaman hidup kami.. ok itu dari segi liriknya. manakala dari segi muziknya, kami cuba mengenengahkan sound/vibe yang berbeza dari arus semasa.walaupun masih berbaur dengan muzik2 antarabangsa, kami cuba mencari identiti kami sendiri dalam setiap lagu yang digubah.

apa kekuatan exorage bebanding band2 yg lain?
kekuatan exorage boleh dilihat dalam persembahan kami yang aktif dan progresif serta menghiburkan....hahaha dan dari segi lagunya kami mengenengahkan power trio...dimana efek2 pada bunyi di utamakan bagi menghiasi lagu kami...

target exorage 2010?
bagi tahun dua kosong satu kosong kami nak riliskan mini album yang setaraf dengan band yang sedia terkenal..dan kami harap dapat buat tour malaya, serta sekitar asia tenggara...dan fan base kami akan bertambah-tambah.

camne & kt mana nak beli cd/ep/merchandise exorage?
buat masa sekarang ep/merch kami boleh didapatkan secara online dan hand to hand di gig terpilih...akan datang bolehlah didapatkan di kedai2 muzik yang berdekatan...

camne nak kontek exorage booking & info
hubungi kami di no 013-2698411(dhan), 0125617864 (hatta -manager band)
atau emailkan ke exorage@gmail.com or postkan sahaja di myspace or facebook...kami akan segera memberi respon...

cane nak skodeng2 exorage online?
hahaha skodeng la selepas waktu kerja ya....malam sket ada la tu nanti....

kepada peminat2 exorage dan juga pendengar2, pengkritik dan sebagainya....hayatilah muzik kami...berikan sokongan padu kepada kami dan juga pemuzik2 tempatan yang lain dengan membeli cd/merch kami atau add di myspace or facebook...marilah bersama mengubah industri musik kita ke taraf antarabangsa....yeahhhh

infoclixs
www.myspace.com/exoragerock

www.facebook.com/exoragerock

photo: melodica
text: melodica & dhan Exorage

Labels: ,