www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Saturday, March 26, 2011

MGMT Live in KL yang menembak emosi

saat masuk
saat baru start
saat dah sampai depan

saat keluar

Angin tetiba membuak pulak nak mereview konsert MGMT live in KL di Bukit Kiara Indoor Arena baru baru ni,25 March 2011 dalam bahasa melayu. Pasti mesti dah ramai blogger lain review kan and fosure korang pakat2 review dalam bahasa inggeris.

MGMT penama rimaula MGMT ni kan, ada yang panggey 'management' well memang asal nama derang the management, tapi ditukar pada ringkas pada MGMT saja, sebut btul btul btul "em gee em tee".kalo kita tanya orang, macam2 reason dibagi knapa and mengapa dieorg ni suka kat band psychedelic rock/pop band ni. secara peribadi dan jujur tak tipu aku suka band ni pasal dieorg colorful, gila, creative, tak malu nak bercreative, lagu dan lirik dieorg menusuk kalbu sekali dengar dan jugak vokalis dia yang bernama andrew vanwyngarden tu comel gila dan pelik. Senang cerita, bagi aku, aku rasa dieorg band masakini yang gaga.

jujurnya aku just kenal band ni pun thanks to manusia sengal bernama amiruddin abdul latif, tahun lepas dia kata dia "dari dia pergi rock the world 10, baik dia pergi MGMT".Pastu aku google2, korek dengar lagu terus masuk ngan jiwa aku, pastu tengok2 video suka plak ngan video2 dieorang yg gila tapi bermesej(tak kisahlah tersurat or tersirat),lama-lama dengar terasa mcm andrew sgt comel, pelik2 sket personaliti dia then angau sudah masuk sket2.

aku hampir2 rasa mcm tk dapat pergi konsert nieh koz faktor kejeku yang tk menentu,tapi nampaknya jodoh aku ngan mgmt mmg ditakdirkan bertemu dikonsert 'live' akhirnya. macam2 cabaran la jugak nak sampai ke saat aku melangkah masuk ke ruang bukit kiara indoor arena tu. hanya aku dan kawan2 jelah yang tahu kisah sebenarnya(rahsia,shh..diam!) sampai aku dengan tak malu dan despratenya telah tweet host konsert 'moe' kot kot kalau dia boleh tolong(hehe).

Anyway aku masuk time betul2 lagu pertama MGMT, crowd memang ramai, tak sangka ramai pengikut mgmt, yang paling fun, ramai yang dressup mengikut tema mgmt. cuci mata jugaklah, suka tengok cause band ni bagi aku lagu dia stylish pun.well tk kisahlah apa orang nak kata, poser/wannabe/hipster. tak penting semua tu: yang penting tanpa poser/hipster/wannabe MGMT tkleh hidup dengan setakat hadirnya pengikut otai musik yang kekonon tau serba serbi MGMT. Tanpa mereka, mungkin bukit kiara indoor arena tak penuh malam itu cause tak semua otai2 musik itu ada duit nak spent pun, dan sesetengahnya riuh cakap je, tapi lagu download secara haram kat internet.(hiks hahaha)

Dari satu lagu ke satu lagu, derang perform dengan latar backdrop LED yang cantik berwarna warni, tambah sejuk dingin penghawa dingin dan panas badan orang sekeliling yang berpeluh-peluh tu memang sebati lah,crowd menyanyi bersama lagu-lagu hits mcm time to pretend,youth,flash delirium,electric feel, dan lain2 lagu dari 2 album sebelumnya, tapi saat lagu 'kids' dimainkan crowd menjerit(tatau lah menyanyi ke menjerit) berjemaah. feel yang sangat terbaik, moment yang akan ku kenang sampai bila-bila, coz aku menyanyi sampai menangis2 keterharuan. i just let go myself masa tu(tak malu betul, tapi apa kau nak kisah kan)

lagu terakhir 'congratulations' dimainkan ada yang dah start balik,terima kasihlah pada yang tak begerak tu ramai2 dan bersungguh menjerit "one more,one more" then derang main lagu 'handshake' dan satu lagi lagu ku tak tahu apa tajuknya,i wish...i wish derang main lagi sekali lagu 'kids' tapi tidak. magic moment dont hit twice. jadi entah bila lagi MGMT nak turun sini lagi. unless aku migrate ikut derang duk amerika sana. ahahaha! anyway it was an orgasmic satisfaction, penuh emosi(bagi aku lah).

Mungkin ada yang tak suka, atau maybe tak faham atau simply lost Que akan tarikan MGMT nie, mungkin ada yang tersenyum sinis atau mengejek manja yang dieorang tak "sebagus" band band lain yang lebih established. Tapi ada aku kisah?janji kepuasan yang aku dapat adalah maksimum cause derang dijemput datang turun show di KL, band band established itu ada sudi nak even singgah kuala lumpur? tepuk dada picitlah hidung sendiri. hehehe. :)

Aku akan selalu kenang saat ini:- tenks to fizbonez(video kamu rekod ni sgt best!)



Labels: