www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Saturday, June 11, 2011

KL Gangster ke?



Tak expect pun nak tengok cite nie, tapi terkebetulan tertengok koz kawan ajak.Layan jelah, lagipun haritu movie 'khurafat' tu ok walaupun ku tutup mata almost at all times. dlm kl gangster Shamsul Yusof skali lagi direct filem ni(also belakon).

Cerita dia start with naration from watak lelaki melayu bernama Malek(aaron aziz) citer pasal kisah dia masuk penjara kerana jenayah dia buat sebelum ni.sebelum ni katanya dialah Hero susah nak mati,tapi termasuk penjara akhirnya, pastu die keluar penjara disambut ngan geng2 mafia melayu badan ketak2, kira tunggu die nak goda masuk balik geng lah, tapi malek ikot padil(zizan) kawan baik dia yang kelakar bendul(biasalah watak badut penyeri filem) tak sesia la zizan diletak disitu, tegelak2 jugaklah :)
err xtras 2 orang kt belakang tu sapa nama?

then establishment karekter pun dimulakan, kita pun dikenallah ngan 'Jai' adik malek lakonan ady putra yang kadang2 tak pakai baju koz badan die ketak2 utk hiasan mata. Jai ni watak antagonis yang aku terbayangkan kereta sodok(buldozer) koz die seorang melayu yang sanggup buat apa saja utk duit, prinsip dia asal hidup dia senang, seme orang sanggup ditebas camtuh.

zizan jugak best :)
kemudian kita pon dikenalkan dgn gangters melayu diketuai seorang melayu berangan bertattu dileher bernama shark yang gila kuasa cakap slang2 cina wa lu wa lu je siang dan malam tk kira tempat walaupun die bercakap dengan orang melayu termasuk dgn bapak tiri dia, bertindak guna kepala lutut dan emosi, suka marah-marah berdendam kesumat, bila malek bebas dari penjara shark dihantui hantu meroyan asyik pk malek nak amik taktha gangster dia koz malek ni dulu rapat dgn bapak tiri shark bernama 'king' lakonan uncle ridzuan hashim.

gangster shark bersaing jugak dgn gangster dragon lakonan korie. pastu adalah gangster2 tempelan lain, gangster india yang beraja dipasar yang bergegar2 pipi koz also marah kt malek.

kiranya malek ni tak boleh masuk kawasan derang lah, kalo nak masuk kena join derang camtulah. tapi malek ni dah insaf. dah sayang kat mak dia kira betul2 insaf la tu. Tapi dalam nk insaf tu dia kena hadap ngan kemeroyanan gangster shark n dragon yg takut tak tentu pasal kt malek. nasibbaiklah malek ada kawan baik bernama ajib seorang gangster melayu yang join group dragon.

kemeroyanan gangster2 ni terhadap malek membuak buak, jumpa malek je keje nak membakar line jek...esp shark tatau menda apa dia duk meroyan sampai kua anak tekak. malek relek jelah koz until one day kete padil diletupkan oleh 'hantu'. maka malek yg relek itu terus naik hantu teros perasan shark yang letupkan kete padil,terus terjah markas shark n king pastu bila ditenangkan oleh king, maka sejukla pulak hati dia.

shark pulak rasa ego tercalar dan setan teros menyucuk2 dia bila dia tengok king macam sebelah malek jek, terus bedendam kesumat pegi serang rumah malek pastu lepas geram ngan tikam padil. maka malek pon nek hantu, terus dgn tak pk pjg pegi ke markas dragon nak mintak tolong. maka meyalalah api kemarahan malek terhadap shark, lepas bertumbuk kt jalan ngan geng shark teros ke markas shark dan adegan pecah2 kerusi, balek kuang menjadi2 bila Jai berpihak pada shark.

kesudahan cerita? dapatke shark membalas kesumat kt malek? kuatke malek nak lawan shark dan jai?dan ape kisah jai dan malek? sejauh mana jai sanggup dikudakan shark?dan sanggup malek dan jai berbunuhan sesama beradik?

best jugak tengok...cuma bila hujung2 filem tu ending dia cam nak cepat abis..ada naration yang fair n square,bedtime story style sesangat. i think sama ngan ending kebanyakan filem dato yusuf haslam yang lepas2 dizaman2 90an dulu,hmmm ohhkayyyyyy....overall cite ni oke,
Mungkin korang faham mungkin korang tak faham mungkin korang hanya tengok adegan2 otot2 sepak terajang tu je. harap korang bukak sket otak n fikir mesej tersiratnya jugak ok.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home