www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Thursday, November 17, 2011

CONCERT: ZEE AVI LIVE IN KL. 17 NOV 2011

hey we are here!!

Narmi in my BB screen
 Zee in my BB frame! lol
we luv ya zee!
Konsert Showcase Zee Avi kali pertama diadakan di KL pada march 2010, setahun masa berlalu ZEE kembali di pentas KL LIVE untuk showcase promosi album terbarunya "Ghostbird". Maybe, kebetulan, setahun itu jugalah KL LIVE kini sudah pun siap diubah suai dengan untuk menampung acara-acara yang berskala sederhana. lebih proper dan cantik. Seolah signifikan perubahan dan kelainan yang ditampilkan oleh Zee Avi pada konsert kali ini. Lebih matang dari segala segi aspek persembahan, cuma mungkin yang tak berubah dan tetap sama hanyalah satu - latar belakang pentas di KL Live itu.

Konsert kali ini ternyata lebih ramai singa singa Zee hadir memberi sokongan,sama ada yang setia ataupun peminat baru berjinak2 dengan hasil kerja Zee.  Level atas VIP dan rock pit arena sendat dengan penonton yang hadir seawal jam 7 petang lagi. Pintu dibuka mulai jam 9 dengan sekuriti yang lebih ketat dan tenaga kerja belakang tabir dan wakil media yang kelihatannya lebih ramai.

Narmi, drummer One Buck Short yang kini juga bergerak solo membuka tirai persembahan malam itu dengan lagu lagu ala Zee versi lebih lelaki. Best,Walaupun sedikit membosankan, crowd masih sopan memberi sokongan pada Narmi yang merupakan rakan Zee(keduanya berasal dari Kuching).Masih perlu improvement dari segi variasi melody dan tema lagu.Tapi suara dia cute dan sedap didengar jugaklah. 

Sehabis aja Narmi perform, david hurwitz, gitaris/sape salah seorang dari bandmates Zee keluar ngetest sound, penonton bersorak tak sabar, hiruk pikuk menjerit nama "zee avi". sajalah derang ni nak create saiko kan penonton kan? Zee akhirnya keluar, memakai dress labuh bare shoulder berwarna turquoise. she dress well..siap ada bunga kat rambut lagi :)

Tak ingat sangat setlist semalam, tapi Zee perform some songs from her latest and few from her debut album. aku tunggu time lagu "concrete wall" koz nak dengar dia perform lagu tu "live" koz lagu tu memang style for live performance. Bersungguh2 Zee pukul drum at the right notes complementing the melody of the song. Best.aku menyanyi bersungguh2 cause yeah, dah dengar banyak kali lagu lagu dia, mestilah ingat kan?

persembahan Zee kali ni improve banyak dari segi showmanship, ada efek lampu2 and her confidence grow, lagu2 dari CD tu diberi nafas baru dan banyak interaction dengan penonton, As if macam kawan perform depan kawan, Zee dance, tease her audience as if everyone is her best friends. Ada jugak dia selit2 mesej 1Malaysia, where she says "it doesnt matter on the external, its what internal that matter, as long as we are all accommodating and accept each other, kita semua 1Malaysia" 

Crowd yang hadir malam tu bercampur elok bermacam2 orang dan kaum lah, dari tourist, expats, ladies in tudung sampai lah mat rock rambut kembang pun ada. tua or muda semua ada. cuma pakcik pakai kopiah  putih je yang aku tak nampak. hehehe seronok ^_^

Sedar tak sedar, time dah habis, encore dah bagi pon tetap tak puas, Zee close her show with "roll your head in the sun". with crowd gasping...for more! 

Thanks to all my friends yang sudi join, support Zee. tho some of them tak kenal sangat Zee tambah lagi ada bola semalam indo vs malaysia. aku appreciate sgt sgt korang ok!!<3

Anyway check out my questions for Zee Avi on mixFM website, korang sure suka punya dengan soalan2 aku, cause Zee seems enjoying answering it :) (thank you mixfm!)