www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Wednesday, November 2, 2011

HIGHLIGHTS : Flight Facilities




Belum banyak info mengenai latar belakang duo Flight Facilities(FF), Hugo Gruzman dan James Lyell. Derang mula bergerak aktif pada 2010 dengan 2 single berjudul "foreign language" & " Crave you".Kelainan yang diketengahkan mulai menarik perhatian booker & clubbers dan pelayar musik di internet.Pada awal 2011 derang mula terbang tour "maiden voyage" serata bandar-bandar utama Eropah dan klub2 di australia dan jepun.

Secara personalnya, lagu-lagu single derang dan hasil-hasil mixing untuk artis underground yang lain kedengaran loops minimalis tetapi masih catchy untuk didengar kali pertama,kedua dan seterusnya. Konsep mereka setakat ini boleh diringkaskan sebagai "Electro Lounge" tetapi cukup memanah dengan hook-hook yang sedap didengar berulang kali.


Berekspimenkan disko 80an, single terbaru "foreign language feat jess" sangat memikat telinga dengan olahan vokal Jess yang kena dengan konsep lagu. Selalunya kalau salah caturan, lagu lagu yang mencedok elemen disko 80an akan kedengaran "tacky" dan klise. Tetapi "foreign language" tidak begitu. Syukur!


Single pertama derang "crave you" mereka cuba menyatukan elemen pop jazz vokalis Giselle dengan konsep electro lounge,ternyata mengena. "crave you" mula berputar di radio-radio Australia.

Masih sukar mengukur sejauh mana bakat mereka akan terbang, namun kelihatan Flight Facilities sudah bersedia dengan management team & medium promosi di internet yang cukup.
Tak kisahlah semua tu, asalkan lepas satu,akan ada satu lagi single dan seterusnya. Untung, datanglah terbang tour ke KL! kannn?<3


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home