www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Monday, November 7, 2011

HIGHLIGHTS: POWER



"POWER" lahir dari kerja tangan dua beradik Jax & Seth Anderson dari Detroit, Michigan USA. Berbeza dengan pemusik lain yang selalunya "kedekut" dan terlampau berkira untuk berkongsi musik secara percuma. Power mengalakkan musik mereka dimuat turun,dan dikongsi ramai. Sebelum menukar kulit baru, Power dahulunya mengenalkan diri mereka sebagai "apple trees & tangerine", giat mengadakan persembahan dicafe dan bars sekitar Detroit.

Dengan kelahiran "Power" mereka mempercayai setiap hasil kerja mereka bukanlah hak mutlak mereka, tetapi dari hasil seni yang mereka lihat atau dengar, dari gambar yang dilihat bertahun dahulu atau filem yang dilihat dua tiga hari lepas, atau pun perbualan beberapa minggu lepas, atau cetusan fikiran kosong dari seorang pengemis, atau kata kata bernas dari teman rapat yang telah memberikan mereka inspirasi, "power" atau kuasa untuk setiap karya-karya yang dihasilkan mereka.

"mereka adalah POWER, POWER adalah musik" adalah manifestasi mereka terhadap musik dan seni yang bebas dari kekangan satu pihak, musik mereka adalah dicetus dari idea-idea dari semua orang dan untuk dinikmati semua.Berbeza sewaktu dibawah nama "apple trees & tangerine(ATAT), Power kini hanya mahu dikenali sebagai POWER, setiap karya baru dibawah hasil kerja tangan POWER tidak lagi mewakili satu pihak, tetapi adalah hasil koleksi berkumpulan, walaupun Jax dan seth masih lagi ahli aktif dipentas ataupun dibelakang tabir.

Olahan karya POWER mengetip cetusan2 idea dari sekumpulan pengiat seni aktif dari Detroit yang mewarnai lagu lagu dan hasil karya mereka. Ideologi mereka mungkin tidak digemari sangat oleh pengiat musik komersil, dan selalunya gerak kumpulan pemusik seperti ini selalunya kedengaran hanya "sedap dimulut" tetapi tidak bagi "power" malahan hasil karya mereka adalah komersil dan tersendiri.


Jika tidak, masakan salah satu lagu mereka "can you save me" telahpun diangkat melatari lagu tema siri "covert Affairs" lakonan piper perabo. Siri baru mengisahkan perjalanan susah senang seorang penyiasat CIA wanita yang baru bernama "anne". Siri yang telahpun memasuki musim kedua di USA, telahpun bersiaran di saluran DIVA Universal(astro/Malaysia).

lagu-lagu Power yang lain mungkin tidak dapat ditelan oleh semua orang, namun bagi pengemar musik ala elektro dengan olahan alatan strings yang diadun dengan synthesizer dan suara suara sahutan,siulan ala red indian, musik mereka kedengaran amat meriah, hidup dan latar vokal jax yang membantu setiap mesej mesej yang pada lagu yang mahu disampaikan.

Kekuatan POWER yang memikat hati adalah hasil kerja mereka yang kreatif tetapi masih mempunyai elemen komersil tanpa kedengaran terlampau memaksa, kekuatan dari lirik(ceritera lagu yang berseni) yang pintar dan kekuatan melodi yang menusuk emosi. Mereka mampu membawa tema lagu serius "can you save me",kedengaran keanakan seperti "sold my soul to the radio"(ala the ting tings) atau sexy ala kesha tetapi serius untuk lagu "billy the kid".

Kini bernaung dibawah label dan management Bonded Records.

dengar sendiri lagu mereka di youtube rasmi dan LIKE lah facebook derang kalau suka :)




Untuk info check out website dieorang!

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home