www.melodica.com.my

Gaya Hidup. Musik. Filem. Sukan, Hiburan . Kembara

Thursday, February 5, 2015

Tayangan Media Eksklusif Filem 'After The Wedding' Calon Academy Award Bagi Filem Bahasa Asing Terbaik, Anjuran HyppTV dan CinemaWorld Asia

Siaran Akhbar : 5 Februari 2015

Kanan, Mr Chen Kheng On, Penolong Pengurus Besar, Saluran Antarabangsa, Perniagaan & Operasi Media, New Media TM dan Suarina Chua, Co-CEO, CinemaWorld Asia

CinemaWorld HD meraikan bulan Mac dengan pemenang & calon-calon Anugerah dari serata dunia, membawakan semuanya ke rumah anda. 
Tayangan perdana “After The Wedding” di CinemaWorld HD (HyppTV Saluran 650) pada 7 Mac, 9.00 malam, dan di aplikasi mudah alih,  HyppTV Everywhere 

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, dengan kerjasama CinemaWorld Asia baru-baru ini menganjurkan acara tayangan secara eksklusif filem ‘After The Wedding’, filem dari Demark yang mendapat pencalonan di Academy Award bagi kategori “Filem Bahasa Asing Terbaik” pada tahun 2007 untuk rakan-rakan media. Filem ini dibintangi oleh Mads Mikkelsen (Casino Royale) dan diarahkan oleh pemenang pengarah terbaik di Academy Award, Susanne Bier.

‘After The Wedding’ akan ditayangkan pada 7 Mac 2015, jam 9.00 malam secara eksklusif di CinemaWorld HD, HyppTV Saluran 650.

Dilancarkan di platform HyppTV pada September 2014 lalu, CinemaWorld HD merupakan satu-satunya saluran filem antarabangsa seluruh Asia pertama yang menayangkan pelbagai pilihan filem box office terbaik secara eksklusif, filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan filem-filem kegemaran di seluruh negara. CinemaWorld HD menawarkan kepada penggemar-penggemar filem di Malaysia dengan program-program yang unik.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Kami percaya kepada pentingnya mempunyai pelbagai tawaran kandungan untuk pelanggan-pelanggan HyppTV seperti filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan yang layak memenangi anugerah dari pelbagai negara seluruh dunia di CinemaWorld HD. Ia bukan sahaja membawakan kandungan bertaraf antarabangsa yang belum pernah ditonton malah menayangkan juga filem-filem berkualiti tinggi yang menampilkan kepelbagaian budaya dan mempunyai nilai sinematik yang tinggi buat pelanggan kami.”  

“CinemaWorld merupakan salah satu daripada rakan kongsi yang turut hadir pada acara HyppCarnival baru-baru ini di mana kami telah melancarkan pek nilai terbaru HyppTV iaitu HyppTV Jumbo Pack, Aneka Pack dan Varnam Pack. Menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan sesuatu yang mampu dimiliki oleh pelanggan HyppTV untuk menikmati kandungan bertaraf antarabangsa seperti Hiburan dan Sukan, CinemaWorld HD merupakan sebahagian daripada penawaran kandungan dalam HyppTV Jumbo Pack pada harga mampu milik iaitu RM60 sebulan. Pelanggan HyppTV bukan sahaja boleh menikmati filem-filem dari CinemaWorld HD ketika berada di rumah, malah mereka turut boleh menontonnya di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Sementara itu, James Marturano, Naib Presiden Eksekutif, CinemaWorld Asia dalam ucapannya berkata, “Kami amat teruja dengan pelbagai pilihan filem perdana pada bulan Mac ini. Penonton-penonton bakal menikmati filem-filem yang pernah memenangi anugerah dan tercalon bagi pelbagai anugerah yang telah kami pilih khusus untuk anda. Anda turut berpeluang untuk menjelajah ke banyak negara dengan selesa tanpa perlu meninggalkan rumah anda!”
Selain itu, CinemaWorld HD memberikan para penggemar filem pelbagai filem terbaru yang menarik yang tidak dapat ditonton di tempat lain. Merentasi pelbagai negara, filem-filem dari Eropah, Amerika Latin, Australia, Asia, Asia Tenggara, Amerika Utara dan dari Timur Tengah, saluran ini pasti menghidangkan sesuatu untuk setiap peminat filem. CinemaWorld HD merupakan dunia hiburan terbaru selain Hollywood. Kesemua filem ini akan dinikmati di saluran televisyen berbayar di CinemaWorld HD dan akan ditayangkan dengan sari kata Bahasa Malaysia, memberikan pelanggan keseronokan menonton yang maksimum.

Pada bulan Mac ini, CinemaWorld akan menayangkan filem-filem yang memenangi anugerah dan yang mendapat pencalonan pada setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 9.00 malam. Nikmati tayangan perdana pelbagai filem eksklusif termasuklah filem “After The Wedding” yang turut tercalon di anugerah Oscar; filem Britain “Third Star” yang dibintangi oleh Benedict Cumberbatch (The Imitation Game), arahan pengarah yang pernah memenangi anugerah di BAFTA, Hattie Dalton; dan filem Kurdish “My Sweet Pepper Land” yang menjadi pembukaan bagi Cannes Film Festival 2013, dibintangi oleh pelakon Iran popular, Golshifteh Faharani (Exodus: Gods and Kings).

Penonton turut berpeluang menikmati pengalaman tontonan dengan senarai filem-filem Oscar dari Lithuania, Afrika Selatan dan Croatia: “The Gambler’, mengisahkan tentang percintaan, kesungguhan dan kesinambungan hidup; “Little One”, mengisahkan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sebuah bandar di Johannesburg; dan ”Cowboys”, sebuah filem komedi mengenai sekumpulan orang tempatan yang ingin mementaskan sebuah karya Amerika Barat dalam bentuk muzikal.

Bercirikan time shift, catch-up dan tontonan di pelbagai peranti menerusi HyppTV Everywhere, saluran ini membolehkannya ditonton di CinemaWorld HD on Demand (Saluran 850), sebagai sebahagian daripada penawaran “Video On Demand” dari HyppTV.

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv 
atau layari laman sosial media HyppWorld di www.facebook.com/hyppworld (Facebook)
www.twitter.com/hyppworld   (Twitter)
 www.instagram.com/hyppworld (Instagram).